Wednesday, May 18, 2011

Terapi Air Bantu Turunkan Berat Badan

AIR dalam tubuh diantaranya berfungsi menjaga kesegaran, membantu pencernaan dan mengeluarkan racun.

Selain fungsi itu tahukah anda apabila air putih itu dapat membantu mengurangi berat badan?

Daripada kepayahan menemukan pil-pil penurun berat badan kenapa tidak memakai cara muda dan murah iaitu minum 2 liter air sehari.

Air membantu proses metabolisme dalam tubuh dengan mengubah makanan menjadi tenaga. Air berperanan sebagai bahan bakar untuk mendorong reaksi kimia metabolisme. Jika anda tidak minum cukup air, anda tidak akan dapat membakar kalori dengan baik.

Ada beberapa akibat jika anda minum air kurang dari 2 liter per hari seperti:

1.Proses penurun berat badan berjalan lambat. Hal ini kerana sekitar 2 hingga 5 liter air habis oleh fungsi tubuh sehari-hari seperti kecing, peluh dan sebagainya. Sehingga jika anda menjalani program diet dan berat badan masih saja tidak turun, mungkin hal ini disebabkan anda tidak minum cukup air.


2.Proses pencernaan terganggu. Air penting bagi proses pencernaan. Pencernaan yang terganggu adalah jika badan anda tidak mampu menyerap manfaat dari makanan sebaliknya tubuh akan mengirimkan isyarat yang menandakan minta tambahan makanan yang mengandung mineral yang tubuh rasa kurang.


3.Anda terasa "pura-pura" lapar. Ketika dehidrasi, tubuh akan memberi isyarat supaya ingat pada makanan. Dengan minum air, bukan hanya dapat mengekang dari rasa lapar tapi juga membuat anda terasa kenyang.


4.Anda tidak dapat mendapat manfaat dari bersenam. Metabolisme meningkat dengan bersenam dan dengan air dapat memaksimumkan metabolisme tersebut kerana itu minum banyak air sebelum, selama dan sesudah olahraga.

The British Dietetic Association menyarankan orang dewasa minum 2.5 liter air setiap hari termasuk jus buah-buahan, teh dan kopi. Jumlah ini disarankan untuk menjaga kandungan air dalam badan kita seharian.


Jika anda tengah menjalani program diet, tambah sebanyak 750ml. Sila letakan air di depan anda atau tempat yang senang dicapai untuk memastikan kebiasaan meminum air alam jumlah yang disaran kan (2.5 liter).


Jika anda terasa kembung, minumlah ketika anda haus, bangun pagi, makan dan semasa bersenam. Bawalah bekalan air ke mana sahaja anda pergi.


Untuk lebih menambah rasa keenakan rasa air, anda boleh tambah hirisan epal, limau, lemon atau timun di dalam bekas air minuman anda.

Monday, January 3, 2011

TANDA-TANDA SAKIT JANTUNG

Penyakit Jantung adalah musuh utama dunia. Terlalu ramai yang telah menjadi mangsa. Ada pesakit sendiri tidak mengetahui yang mereka adalah penghidap penyakit jantung.

Apakah anda ada simptom seperti berikut. Jika ada elok anda ke hospital untuk membuat pemeriksaan secara terperinci.
Diantara simptomnya adalah :
1. Cemas.
Serangan jantung boleh menimbulkan rasa cemas atau ketakutan atas kematian.

2. Sakit Dada
Memang tak semua sakit dada menjadi penunjuk serangan jantung. Rasa sakit ini kadang diibaratkan seperti dada yang dihempap sesuatu yang berat.

3. Batuk atau Bersin Terus-menerus
Boleh menjadi simptom sakit jantung akibat pengumpulan cecair di paru-paru.

4. Pening
Jangan menganggap remeh pening ini kerana ini boleh saja boleh menyebabkan sakit jantung.

5. Penat
Merasa kepenatan sepanjang hari boleh menjadi simptom dari kegagalan jantung berfungsi dengan sempurna.

6. Mual atau Tidak Nafsu Makan
Sebenarnya bukan perkara yang biasa ketika serangan jantung, seseorang merasa sakit perut atau muntah. Namun, pembengkakan di bahagian perut yang dikaitkan dengan sakit jantung memang boleh mengganggu nafsu makan.

7. Sakit Di Bahagian Tubuh Lain
Dalam kebanyakan serangan jantung, rasa sakit bermula dari dada dan menyebar ke bahu, lengan, siku, punggung, leher, rahang, atau perut. Ada kalanya mereka yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit dada. Hanya ada rasa sakit di kawasan tubuh yang lain. Rasa sakit pun boleh datang dan pergi.

8. Denyut Jantung Cepat atau Tidak Teratur
Semasa denyut jantung cepat dan tidak teratur, apalagi apabila rasa lemas, atau nafas pendek, boleh menjadi tanda serangan jantung, sakit jantung, ataupun aritmia.

9. Sukar Bernafas
Ada kalanya seseorang yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit atau tekanan di dada, tetapi merasa kesulitan bernafas.

10. Berpeluh
Perlu waspada kalau tiba-tiba anda berpeluh padahal sedang duduk di kerusi.

11. Tubuh Bengkak
Sakit jantung boleh menyebabkan cecair terkumpul di dalam tubuh. Akibatnya di bahagian tubuh seperti kaki, perut, dan pergelangan kaki, bengkak.

12. Sangat Lemah
Mereka yang mengalami serangan jantung merasakan rasa lemah yang amat sangat. Rasanya mereka tidak boleh memegang sehelai kertas di antara jarinya.